04 July 2012

USTAZ AZHAR IDRUS PART I

okayy . act , thanks to my old boyfriend (baba) sebab bagi buku nii kat aku . hee . best jugak lah . lepas baca banyak benda yg aku tak tahu jadi tahu , then mmg bagus lah . HIHII . okayy actually ada lah dua tiga soalan dan jawapan UAI ni aku nak share ngn korang :)

*apa hukum kedua org tua memilih pasangan anaknya tetapi dibantah ? adakah anaknya akan menderhaka ?
-anak tidak wajib memperkenankan pilihan org tuanya , maksud nikah itu ialah tinggal dengan pasangan dlm keadaan berkasih syg <3 . maka si anak , lebih mengetahui pasangan mana yg sesuai dengannya . namun , Islam mengajar anak menolak permintaan ibu bapa dengan cara yg baik , berbudi bahasa , lemah lembut supaya ibu bapa tidak berkecil hati . sekiranya ibu bapa masih berdegil , cuba bersabar agar lambat laun , hati mereka mungkin akan berubah :)

*apakah hukum merokok ? makruh ?
-menurut pendapat mazhab Syafii , hukum menghisap rokok itu makruh , tetapi kalau boleh membawa kepada sakit , ia akan berubah menjadi haram . dari sudut pembaziran , ada dua hukum , pembaziran melampau menjadikannya haram yg disebut dalam alQuran adalah 'saudara syaitan' . pembaziran yg tidak melampau pula makruh hukumnya dan tidak termasuk dalam 'saudara syaitan' .

*adakahperlu menutup kepala ketika masuk tandas ?
-antara adab2 masuk ke tandas adalah menutup kepala , oleh itu masuk ke tandas tanpa menutup kepala hukumnya tidak haram , tetapi menyalahi adab-adab yg baik :)

*sekiranya tiada air , adakah boleh mentayamumkan mayat itu ?
-sekiranya tidak ad air bagi memandikan mayat , WAJIB tayamumkan mayat itu sebagai ganti kepada mandi . demikian juga , tayamumkan mayat atas sebab keadaan mayat tidak boleh dimandikan seperti mayat yang terbakar ataupun seumpamanyaa , sekiranya dimandikan boleh menyebabkan tercabut daging ataupun kulitnya .

*apakah maksud dengan mata kaki dalam bab wuduk ?
-mata kaki ialah buku lali iaitu bulatan tulang yg timbul pada kedua belah kaki . wajib membasuh dari hujung jari sampai melebihi kedua-dua buku lali ketika berwuduk :)

*bagaimanA mengetahui arah kiblat dalam gua ?
-cara mencari arah kiblat boleh melihat dengan matahari , bulaan atau apa sahaja petunjuk unutk mengetahui arah kiblat . sekiranya tiada tanda tersebut , wajib menghadap ke arah yg mungkin dirasakan kiblat . sekiranya masih tidak dapat kemungkinan kiblat pada mana-mana arah , harus solat menghadap mana-mana kiblat yg disukai . #solat adalah sah dan tidak perlu diganti

*sekiranya pergi ke tempat asing yg tidak mengetahu waktu solat . bagaimana ?
-waktu zuhur#matahari mula condong ke sebelah barat dan bayang mula condong ke sebelah timur
-waktu asaq#bayang lebih panjang dari objek asal
-waktu maghrib#tenggelam semua bulatan matahari
-waktu isyak#hilangnya cahaya merah di tempat matahari jatuh
-waktu subuh#terbitnya fajar , iaitu cahaya matahari naik mulanya sedikit semakin lama semakin terang
^^okayy tu je aku nak share ngn korang . tenyata kan ? Islam agama yg suci dan simple :)) ALLAHUAKBAR :)) # NISFU SYAABAN , jum ramai2 ke masjid dan baca yaasin okayy ? WITH LOVE . BIE :*

No comments:

Post a Comment